- BACAAN DOA AWAL TAHUN *
Tuesday, December 15, 2009
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2009 DI MASJID AL-FALAH USJ 9
- BACAAN DOA AWAL TAHUN *
Monday, December 14, 2009
PENGAJIAN KITAB KITAB SIYARUS SAALIKIN
AKADEMI IMAM (AI) KEMBALI LAGI...
Akademi Imam Selangor ( AIMS ) merupakan pusat latihan professional yang melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal‐bakal imam yang akan berkhidmat di masjid‐masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia.
Tujuan AIMS ditubuhkan adalah untuk memberikan latihan khusus secara professional kepada bakal‐bakal imam supaya menjadi golongan professional yang dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menghadapi cabaran dan masyarakat masa kini.
Syarat‐syarat penyertaan :
> Pelajar dari mana‐mana Institusi Tahfiz di Negeri Selangor (Anak Negeri Selangor diutamakan)
> Umur 17 – 25 Tahun ( Lelaki sahaja )
> Telah menghafal sekurang‐kurangnya 15 juzu’
> Mempunyai bacaan yang baik
> Mempunyai kelebihan suara yang baik ( Boleh bertaranum diutamakan )
> Boleh mengikuti keseluruhan program dengan baik dan boleh mematuhi syarat‐syarat yang ditetapkan pihak AIMS.
Pelajar yang berminat untuk menyertai AIMS boleh mendapatkan borang penyertaan (sila klik di SINI) di Pejabat Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau melayari laman web www.mssaas.gov.my.
Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia MSSAAS sebelum 16 Disember 2009.
Sesi temuduga akan diadakan pada 28 dan 30 Disember 2009.
Sila hubungi 03-55199988 / 55199977 / 55199966 untuk sebarang pertanyaan.
Sunday, December 13, 2009
Bersama Ulamak Antarabangsa yg Datang Ke Malaysia
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 9, 2009
CERAMAH KHAS DI SURAU ALMUNIR

Friday, December 4, 2009
KURSUS PEMANTAPAN SOLAT
Wednesday, November 11, 2009
“THE POWER AND SCIENCE OF SALAT”

Assalamualaikum Wr Wb!
Saudari/saudara/ tuan/puan/ Miss/Sir,
Dijemput menghadiri SEMINAR “THE POWER AND SCIENCE OF SALAT” anjuran PERKIM Kebangsaan pada 21/11/09 (Sabtu) , 8pagi-5pm bertemput di ruang legar (PODIUM) Aras Bawah, Bangunan PERKIM Kebangsaan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Seminar ini adalah percuma untuk sesiapa yang berminat (non-muslim digalakkan hadir) dan penceramah jemputan terdiri pakar-pakar penyelidik. Dilampir brochure seminar tersebut untuk rujukan & tindakan saudari & saudari.
Sila maklumbalas kehadiran kepada saya dan menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Wassalam
Masyitah Choon
Setiausaha Kehormat
马来西亚伊斯兰福利机构青年部(吉隆坡)
PERKIM Pergerakan Belia,Wilayah Persekutuan
Tel/Fax : 603-40434801
H/P: 019-9873926
Email: leekuen.choon@ genting.com
Kursus Modern Da'ie 2009
Modern Da'ie 2009
Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.
Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.
Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:
- Kewajipan Berdakwah
- Salah Tanggapan Terhadap Islam
- Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
- Memahami Mualaf
- Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
- Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Mas Yuri Mahyiddin, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.
Butirannya:
Tempat: Universiti Multimedia Cyberjaya (Lecture Hall FIT XR 0001)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)
Tentatif:
Sabtu 14/11/09
08.15am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.30am Pengenalan
09.30am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 01.30pm Salah Tanggapan Terhadap Islam
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Hinduism
03.30pm - 04.30pm Kepercayaan Cina
04.30pm - 05.30pm Memahami Mualaf
Ahad 15/11/09
08.15am - 09.00am Imbasan Semula (re-cap)
09.00am - 10.00am Pengalaman Bersama Gereja & Paderi
10.00am - 11.15am Asas Kepercayaan Kristian
11.15am - 12.15pm Sejarah Kristian
12.15pm - 01.30pm Bengkel Bible
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab – Panelis
05.00pm - 05.20pm Program Susulan (Follow Up)
05.20pm - 05.30pm Penutup
Monday, September 7, 2009
Mengapa Ramadhan tidak berkesan?
Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.
Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.
Mengapa? Sila klik di SINI, Ustaz Hasrizal aka SaifulIslam ada penjelasan untuk persoalan ini....







.jpg)

