Monday, December 14, 2009

AKADEMI IMAM (AI) KEMBALI LAGI...



Akademi Imam Selangor ( AIMS ) merupakan pusat latihan professional yang melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal‐bakal imam yang akan berkhidmat di masjid‐masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia.

Tujuan AIMS ditubuhkan adalah
untuk memberikan latihan khusus secara professional kepada bakal‐bakal imam supaya menjadi golongan professional yang dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menghadapi cabaran dan masyarakat masa kini.

Syarat‐syarat penyertaan :

> Pelajar dari mana‐mana Institusi Tahfiz di Negeri Selangor (Anak Negeri Selangor diutamakan)
> Umur 17 – 25 Tahun ( Lelaki sahaja )
> Telah menghafal sekurang‐kurangnya 15 juzu’
> Mempunyai bacaan yang baik

> Mempunyai kelebihan suara yang baik ( Boleh bertaranum diutamakan )

> Boleh mengikuti keseluruhan program dengan baik dan boleh mematuhi syarat‐syarat
yang ditetapkan pihak AIMS.

Pelajar yang berminat untuk menyertai AIMS boleh mendapatkan borang penyertaan (sila klik di SINI) di Pejabat
Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau melayari laman web www.mssaas.gov.my.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia
MSSAAS sebelum 16 Disember 2009.

Sesi temuduga akan diadakan pada 28 dan 30 Disember
2009.

Sila hubungi 03-55199988 / 55199977 / 55199966 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment