Thursday, June 18, 2009

CERAMAH PERDANA SEMPENA KARNIVAL KESENIAN & KEILMUAN ISLAM 09



CERAMAH PERDANA SEMPENA KARNIVAL KESENIAN & KEILMUAN ISLAM 09

Oleh

SS DR JUANDA JAYA
Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Pada
10hb Julai 2009 / 17 Rejab 1430
Jumaat

Masa
8.00 malam

Di
Ruang Legar, Kompleks PKNS
Bandar Baru Bangi

Bengkel Pengurusan Kewangan dan Ceramah Ust Taib Azamudeen




PERHATIAN !!
BAGI SESIAPA YANG MENYERTAI BENGKEL PENGURUSAN WANG...SILA DAFTAR DULU DGN SMS NAMA DAN ALAMAT TEMPAT TINGGAL KE YAMIN -0132227632.. SEBARANG PERTANYAAN JUGA BOLEH TANYA DIRECT PADA YAMIN..TERIMA KASIH


CERAMAH KHAS BULANAN

Al-Fadhil Ustaz Taib Azamuden

Tarikh:24 Jun 2009 (Rabu)
Masa:Selepas Solat Maghrib
Tempat:Dewan Solat Utama Surau Al-Munir
Apartment Sri Indah (Sila rujuk Peta di sebelah)

Muat Turun Audio:
http://www.4shared.com/file/114047344/f26bb1e3/Taib_azamuden.html
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!
Sesiapa berminat hendak menyumbang
baju terpakai,sila bawa bersama,
jualan amal turut diadakan!!

BENGKEL PENGURUSAN WANG

Tarikh:21 June 2009 (AHAD)
Masa:8:15 Pagi-2:00 Ptg

Tempat:Surau Al-Munir , Apartment Sri Indah,Seri Kembangan,Selangor

(Berhampiran dengan Pasar Borong Selangor).Sila rujuk peta di sebelah



Moderator: Tn Shamsuddin Abdul Kadir

Perunding Tamrin

http://www.shamsuddinkadir.com



Tempat terhad,daftar segera di 013-2227632

yamin (SMS Nama dan Alamat)

Tuesday, June 16, 2009

KULIAH BULANAN OLEH UST HASRIZAL

Disampaikan oleh :
Yang berbahagia al fadhil ustaz Hasrizal Jamil (Moderator Saifulislam.com)

Pada : 16 Jun 2009 , Selasa, selepas maghrib

Perbincangan kuliah adalah sekitar "Mengapa Menjadi Muslim"

KULIAH KHAS USTAZ TAUFIK GOMBAK


Al-Fadhil Ustaz Taufik dari gombak


Tarikh:18 Jun 2009 (Rabu)
Masa:Selepas Solat Maghrib
Tempat:Dewan Solat Utama Surau Al-Munir
Apartment Sri Indah (Sila rujuk Peta di sebelah)

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!

Thursday, June 4, 2009

KHUTBAH JEMPUTAN SURAU ALMUNIR BULAN JUN

MINGGU PERTAMA

DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ NAZIR ZAKARIA PENDAKWAH BEBAS DARI PUTRAJAYA

MINGGU KEDUA 

DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ NIZAMUDIN , PENSYARAH HADIS DI UNIVERSITI SAINS ISLAM  MALAYSIA (USIM) NILAI

MINGGU KETIGA

DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL (MODERATOR WEB SAIFULISLAM.COM)

MINGGU KEEMPAT :

DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ MASYADI MASYUTI , ULAMA TERKENAL DAN BERPENGALAMAN DI SELANGOR

SEBELUM KHUTBAH AKAN DIADAKAN TAZKIRAH JUMAAT, JUSTERU ADALAH BAIK KIRANYA TUAN2 DAPAT HADIR AWAL KE MASJID. TERIMA KASIH

Daurah Asas-Asas Aqidah & Manhaj

Jom Ke: Daurah Asas-Asas Aqidah & Manhaj bersama Dr Sulaiman Nordin (Penulis, Pendakwah Bebas, Bekas Dekan Fakulti Sains UKM) 

di Surau al-Hidayah, Sg Kantan, Kajang. 
Pada 6 Jun 2009 (Sabtu) Jam 8.30 pagi - 5 ptg
 Daftar/Penyertaan percuma, sms nama ke:0126887715. 
Jemput Hadir...

Wednesday, June 3, 2009

MENGAPA OH MENGAPA?


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
  



...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?



Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah,nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, 
dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernahdipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.