Tuesday, January 27, 2009

KHUTBAH JUMAAT JEMPUTAN



Seperti minggu-minggu lepas, pada jumaat minggu ini, Surau al-Munir menjemput khatib jemputan untuk khutbah jumaat

Khatib Jemputan : Ustaz Ansori (Mudir Pondok Bustanul Arifin Banting)

Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)

* sila datang lebih awal kerana tazkirah sebelum jumaat akan diadakan pada jam 1 tengahari.

Friday, January 23, 2009

Gerhana Matahari dan Solat Sunat Gerhana


Pada 26 Januari 2009, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Pada tarikh yang sama juga Gerhana Matahari Anulus akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia . Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia kecuali Tasmania, India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia.

Di Malaysia, kita dapat melihat cahaya Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai liputan maksimum sehingga 82.6% dan di sesetengah kawasan ia berlaku sejurus sebelum Matahari terbenam. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 4:30 p.m. hingga 7:00 p.m. sebelum Matahari terbenam. Secara amnya, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira‐kira jam 4:30 p.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari. Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari yang terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada jam kira‐kira 5:50 p.m.. Pada
akhir sentuhan kira‐kira jam 6:55 p.m., bayangan Bulan mula hilang secara perlahan sebelum Matahari terbenam.

Rajah di bawah menunjukkan apa yang akan kita nampak dari Kuala Lumpur



.
Rakyat di Semenanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa daripada sentuhan pertama hingga sentuhan akhir manakala di Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan gerhana daripada sentuhan pertama hingga pertengahan sahaja memandangkan waktu Matahari terbenam yang berbeza mengikut lokasi.

AWAS! Melihat Matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata dan buta. Ada lima kaedah yang selamat untuk melihat Gerhana Matahari ini.

Sila Rujuk http://www.masjidnegara.gov.my/risalah_gerhana.pdf untuk maklumat waktu dan tempat berlaku kejadian gerhana matahari ini dan kaedah untuk melihat gerhana matahari.


SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-

TARIKH
: 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA
: SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT
: DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA





Thursday, January 22, 2009

Himpunan 100,000 Rakyat Untuk Gaza

Himpunan 100,000 Rakyat Untuk Gaza
Tarikh dan Hari : Jumaat Jan 23 2009,
Masa :830malam
Tempat : Dataran merdeka
Anjuran :COMPLETE - gabungan ngo anti penyeksaan dan penindasan Palestin
Gaza-Palestin, kami bersama mu.
Bawalah anak anak, suami dan isteri kalian untuk program ini. Mulakan cuti panjang raya cina dengan meluangkan sedikit masa untuk mereka di gaza palestin.Mohon sebarkan.

Wednesday, January 21, 2009

TIPS MEMBINA SEBUAH BAYT AL-MUSLIM YANG CEMERLANG





Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)

- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Jaga kebersihan - Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersiha. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.

P/s : Teringat saya masa sekolah rendah dulu-dulu. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) sekolah saya, Cikgu Zaid; merupakan cikgu disiplin kat sekolah saya. Semua orang takut kepadanya. Apa yang masih saya ingat tentangnya sampai sekarang, beliau seorang yang sangat menjaga kebersihan. Apabila beliau dapati ada sampah dalam bilik darjah atau kawasan sekolah, beliau akan terus menjerit(ditujukan pada sampah) dan akan marah pada murid-murid yang nampak sampah tapi tidak dikutip. Sampai sekarang saya masih menganggap sampah itu ibarat syaitan, mengganggu suasana kita.

Membaca buku-buku ilmiah

- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.

Imej yang kemas dan tidak selekeh


- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang. Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik - Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.


Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga


- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.

Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah


- Sesekali perlu juga membudayakan bahasa asing di dalam perbualan harian keluarga seperti bahasa arab atau bahasa inggeris supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai ilmu lebih-lebih lagi bahasa arab yang jarang kita berikan penekanan.

Car-Pool

- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak kesekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga. P/s : Biasanya sesuai bagi yang tiada masalah masa atau ibu bapa yang bekerja sendiri

Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran


- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.

KHUTBAH JUMAAT Jemputan

Seperti minggu-minggu lepas, pada jumaat minggu ini, khatib jemputan untuk khutbah jumaat

Khatib Jemputan : Ustaz Masyadi Masyuti (Ulama' yang menuntut lama di pondok-pondok di Malaysia dan Masjil Haram )

Tarikh : 23 Januari 2009 (Jumaat)

Thursday, January 15, 2009

KHUTBAH JUMAAT

KHUTBAH JUMAAT JEMPUTAN OLEH USTAZ NIZAMUDDIN (PENSYARAH USIM)

TARIKH : 15 JAN 2009/ 19 MUHARAM 1430H
TEMPAT : SURAU AL-MUNIR

Audio:
Tazkirah_Jumaat_Us_Nizamuddin_USIM.WMA

A Dedication For Gaza


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Sumber : http://michaelheart.com/Song_for_Gaza.html





Tuesday, January 13, 2009

Kuliah Bulanan Di Surau Al-Munir (Kuliah Magrib)




Assalamualaikum w.b.t.

Jemputan ke Kuliah Maghrib Bulanan oleh Ustaz Hasrizal Jamil Surau Al-Munir Taman Equine

Tarikh : 14 Januari 2009 (Rabu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Munir Taman Equine
Kupasan : Apa Erti Saya Menjadi Muslim

Audio: Apa_Erti_Saya_Menjadi_ Muslim.WMA

Jemput semua meng'imarahkan rumah ALLAH dengan menimba ilmu agama. Sebar-sebarkan.

Khutbah Jumaat: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam oleh Ustaz Hasrizal Jamil

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:
"Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan
sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" [al-Israa' 17:4]
Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.
Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail `alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam.
Firman Allah SWT:
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang
pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami
yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala
ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu)
adalah satu janji yang benar-benar berlaku" [al-Israa' 17: 5]
Sidang Jumaat, rahimakumullah…
Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.
Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,
Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil. Itulah 'sumbangan' Yahudi. Kerosakan demi kerosakan.
Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,
Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya? Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.
Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.
Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.
Firman Allah SWT:
"Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" [al-A'raaf 7: 179]
Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.
Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka. Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.
Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam telah bersabda:
Daripada Abu Sa'eed al-Khudri
radhiyallahu `anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu `alayhi
wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk
berbuat demikian, maka
hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika
beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan
hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat
Muslim]
Arahan Nabi Muhammad sallalaahu `alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.
Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.
Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.
Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.
Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.
Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.
Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.
Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:
"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan
untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai
pasukannya" [Al-Israa' 17: 6]
Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.
Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.
Laporan http://www.ifamericansknew.org/ menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.
Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,
Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.
Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.
Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?
Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?
Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?
Kaum Muslimin rahimakumullaah,
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti"� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti. Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti. Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi. Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita. Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh. Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.
Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam. Islam yang tulen. Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.
"Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali .." [al-Israa' 17:8]
Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!


Audio: Us_Saiful_Islam_Khutbah_Jumaat.WMA


Oleh : ABU SAIF @ www.saifulislam. com.

Friday, January 9, 2009

Aktiviti dalam Bulan Muharam


Aktiviti dalam Bulan Muharam

CERAMAH MAAL HIJRAH
TARIKH : 10 JANUARI 2009
MASA : SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT : SURAU AL-MUNIR, APARTMENT SRI INDAH
(BERDEKATAN PASAR BORONG DAN STESEN CALTEX)


PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZ AHMAD SYUKRI
(MODERATOR HALAQAH DI TV 9)

Audio:
Us_Shukri_Halaqah.WMA


MALAM BERSAMA PALESTIN
'PALESTIN KAMI BERSAMAMU'

TARIKH : 17 JANUARI 2009
MASA : SELEPAS MAGHRIB
PENCERAMAH : USTAZ MEJAR NAZRI MUSMAN
(PERUNDING AMAN PALESTIN)

Audio:

Ceramah_Aman_Palestin.WMA

Semua muslimin muslimat dijemput hadir. InsyaALLAH, kutipan derma untuk saudara SeISLAM di Palestin akan diadakan.

Khatib Jemputan


Assalamualaikum w.b.t,

InsyaALLAH hari ini solat jumaat akan diimankan dan khutbah dibaca oleh Ustaz Hasrizal Jamil ( pemilik blog saifulislam.com). Dijemput semua hadir.

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t,

Hampir 13 hari telah kita lalui dalam tahun baru 1430h. Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU daripada semua AJK Surau Al-Munir, Persiaran Lestari Perdana. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah kali ini akan menghijrah kehidupan kita kepada yang lebih baik, lebih diredhai ALLAH. InsyaALLAH.

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung blog Surau Al-Munir. Ini adalah salah satu medium alternatif dalam meng'imarah'kan lagi aktiviti-aktiviti keilmuan surau dan menyebarluas maklumat terkini mengenai Surau Al-Munir, Persiaran Lestari Perdana. Semoga ALLAH memberi kemudahan dalam menyebarkan kalam-NYA di bumi ALLAH ini. Teruskan melawat blog ini untuk maklumat terkini dan perkongsian ilmu. InsyaALLAH

Segala cadangan atau pandangan mengenai pembangunan Surau Al-Munir, Persiaran Lestari Perdana bolehlah di emailkan kepada suraualmunir@gmail.com @ Yamin 013-2227632