Monday, December 14, 2009

AKADEMI IMAM (AI) KEMBALI LAGI...



Akademi Imam Selangor ( AIMS ) merupakan pusat latihan professional yang melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal‐bakal imam yang akan berkhidmat di masjid‐masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia.

Tujuan AIMS ditubuhkan adalah
untuk memberikan latihan khusus secara professional kepada bakal‐bakal imam supaya menjadi golongan professional yang dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menghadapi cabaran dan masyarakat masa kini.

Syarat‐syarat penyertaan :

> Pelajar dari mana‐mana Institusi Tahfiz di Negeri Selangor (Anak Negeri Selangor diutamakan)
> Umur 17 – 25 Tahun ( Lelaki sahaja )
> Telah menghafal sekurang‐kurangnya 15 juzu’
> Mempunyai bacaan yang baik

> Mempunyai kelebihan suara yang baik ( Boleh bertaranum diutamakan )

> Boleh mengikuti keseluruhan program dengan baik dan boleh mematuhi syarat‐syarat
yang ditetapkan pihak AIMS.

Pelajar yang berminat untuk menyertai AIMS boleh mendapatkan borang penyertaan (sila klik di SINI) di Pejabat
Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau melayari laman web www.mssaas.gov.my.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia
MSSAAS sebelum 16 Disember 2009.

Sesi temuduga akan diadakan pada 28 dan 30 Disember
2009.

Sila hubungi 03-55199988 / 55199977 / 55199966 untuk sebarang pertanyaan.

Karnival Maal Hijrah Dan Forum Perdana

Sunday, December 13, 2009

Bersama Ulamak Antarabangsa yg Datang Ke Malaysia

Program
Bersama Sheikh Yusuf Al Qaradhawi
Bertempat
Masjid Negeri Shah Alam Selangor
Tarikh
Ahad 20 Dis 2009/ 03 Muharam 1431 (selepas solat maghrib)

Program
Bersama Dr Wahbah Zuhaili
Bertempat
Masjid Negeri Shah Alam Selangor
Tarikh
Rabu 23 Dis 2009/ 06 Muharam 1431 (selepas solat maghrib)





MUHADHARAH PERDANA SYEIKH YUSUF QARADAWI

Friday, December 11, 2009

Wednesday, December 9, 2009

CERAMAH KHAS DI SURAU ALMUNIR



PENCERAMAH : USTAZ YB TAIB AZAMUDIN BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGARA

MASA : 9 DISEMBER 2009, SELEPAS SOLAT MAGHRIB. (HARI INI, RABU)

# JUALAN AMAL AKAN DIADAKAN, BAGI SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANG PAKAIAN TERPAKAI, BOLEHLAH BAWA UNTUK DI BAWA PULANG DAN DISERAHKAN KE MASYARAKAT BALING YANG KURANG BERKEMAMPUAN.

Friday, December 4, 2009

PROGRAM ROAD TO MECCA

KURSUS PEMANTAPAN SOLAT



KURSUS PEMANTAPAN SOLAT

TARIKH:
6hb Disember 2009 (Ahad)

MASA:
8.45 pagi - 12.15 tengahari

TEMPAT:
Surau Al-Falah
Lorong 6A, Jalan 6A, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

PENYAMPAI:
Ustaz Abdul Rahim Rafa'ie

YURAN:
Percuma (sumbangan amat dialu-alukan)

ANJURAN:
Biro Dakwah & Penerangan

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Peserta digalakkan untuk datang awal. Kamera dibenarkan untuk dibawa masuk.
Sila bawa sekali buku nota & alat tulis

Semua dijemput hadir

Wednesday, November 11, 2009

Wacana Ilmu Al-nidaa' (IBRAH)

“THE POWER AND SCIENCE OF SALAT”


Assalamualaikum Wr Wb!

Saudari/saudara/ tuan/puan/ Miss/Sir,


Dijemput menghadiri SEMINAR
THE POWER AND SCIENCE OF SALAT anjuran PERKIM Kebangsaan pada 21/11/09 (Sabtu) , 8pagi-5pm bertemput di ruang legar (PODIUM) Aras Bawah, Bangunan PERKIM Kebangsaan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seminar ini adalah
percuma untuk sesiapa yang berminat (non-muslim digalakkan hadir) dan penceramah jemputan terdiri pakar-pakar penyelidik. Dilampir brochure seminar tersebut untuk rujukan & tindakan saudari & saudari.

Sila maklumbalas kehadiran kepada saya dan menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Wassalam

Masyitah Choon

Setiausaha Kehormat
马来西亚伊斯兰福利机构青年部(吉隆坡)
PERKIM Pergerakan Belia,Wilayah Persekutuan
Tel/Fax : 603-40434801
H/P: 019-9873926
Email:
leekuen.choon@ genting.com

Kursus Modern Da'ie 2009

Modern Da'ie 2009


Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:

  • Kewajipan Berdakwah
  • Salah Tanggapan Terhadap Islam
  • Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
  • Memahami Mualaf
  • Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
  • Quran & Sains

Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Mas Yuri Mahyiddin, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Universiti Multimedia Cyberjaya (Lecture Hall FIT XR 0001)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Tentatif:

Sabtu 14/11/09

08.15am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.30am Pengenalan
09.30am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 01.30pm Salah Tanggapan Terhadap Islam
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Hinduism

03.30pm - 04.30pm Kepercayaan Cina
04.30pm - 05.30pm Memahami Mualaf

Ahad 15/11/09
08.15am - 09.00am Imbasan Semula (re-cap)
09.00am - 10.00am Pengalaman Bersama Gereja & Paderi
10.00am - 11.15am Asas Kepercayaan Kristian
11.15am - 12.15pm Sejarah Kristian
12.15pm - 01.30pm Bengkel Bible
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat

02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab – Panelis
05.00pm - 05.20pm Program Susulan (Follow Up)
05.20pm - 05.30pm Penutup

Monday, September 7, 2009

Mengapa Ramadhan tidak berkesan?


“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa? Sila klik di SINI, Ustaz Hasrizal aka SaifulIslam ada penjelasan untuk persoalan ini....

CERAMAH NUZUL AL-QURAN



CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Oleh
USTAZ SALLEHUDDIN MOHD NASIR

Tarikh
7hb September 2009 (Isnin)

Masa
Selepas Solat Tarawih
(9.00 malam)

Tempat
MASJID HASANAH
BANDAR BARU BANGI

Semua muslimin muslimat dijemput hadir

Thursday, August 6, 2009

PROGRAM TERKINI SURAU ALMUNIR (OGOS)!!!


Rakaman Audio Ceramah


BANNERNYA CANTIK..TAPI BILA UPLOAD...JADI CAMNI PULA..HUHU..KESIAN..AA SESIAPA YANG TAHU APA MSLHNYA?

Forum : Monyetnya Cinta Kita