Thursday, July 2, 2009
KHUTBAH JUMAAT SURAU ALMUNIR BAGI BULAN JULAI!!!
MINGGU PERTAMA : USTAZ RIDUAN MOHD NOR (PENGGERAK MUSLIM CARE)
MINGGU KEDUA : USTAZ HASRIZAL - MODERATO SAIFULISLAM.COM
MINGGU KETIGA : USTAZ ZAMANI (DARUL FUQAHA')
MINGGU KEEMPAT : USTAZ MASYADI MASYUTI(ULAMA TERKENAL SELANGOR)
MINGGU KELIMA : USTAZ ZUL KG PANDAN (PENDAKWAH BEBAS)
Thursday, June 18, 2009
CERAMAH PERDANA SEMPENA KARNIVAL KESENIAN & KEILMUAN ISLAM 09
Bengkel Pengurusan Kewangan dan Ceramah Ust Taib Azamudeen
CERAMAH KHAS BULANAN
Al-Fadhil Ustaz Taib Azamuden
Tarikh:24 Jun 2009 (Rabu)Masa:Selepas Solat Maghrib
Tempat:Dewan Solat Utama Surau Al-Munir
Apartment Sri Indah (Sila rujuk Peta di sebelah)
Muat Turun Audio:
http://www.4shared.com/file/114047344/f26bb1e3/Taib_azamuden.html
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!
Sesiapa berminat hendak menyumbang
baju terpakai,sila bawa bersama,
jualan amal turut diadakan!!
BENGKEL PENGURUSAN WANG
Tarikh:21 June 2009 (AHAD)
Masa:8:15 Pagi-2:00 Ptg
Tempat:Surau Al-Munir , Apartment Sri Indah,Seri Kembangan,Selangor
(Berhampiran dengan Pasar Borong Selangor).Sila rujuk peta di sebelah
Moderator: Tn Shamsuddin Abdul Kadir
Perunding Tamrin
http://www.shamsuddinkadir.com
Tempat terhad,daftar segera di 013-2227632
yamin (SMS Nama dan Alamat)
Tuesday, June 16, 2009
KULIAH BULANAN OLEH UST HASRIZAL
KULIAH KHAS USTAZ TAUFIK GOMBAK
Al-Fadhil Ustaz Taufik dari gombak
Masa:Selepas Solat Maghrib
Tempat:Dewan Solat Utama Surau Al-Munir
Apartment Sri Indah (Sila rujuk Peta di sebelah)
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!
Thursday, June 4, 2009
KHUTBAH JEMPUTAN SURAU ALMUNIR BULAN JUN
MINGGU PERTAMA
DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ NAZIR ZAKARIA PENDAKWAH BEBAS DARI PUTRAJAYA
MINGGU KEDUA
DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ NIZAMUDIN , PENSYARAH HADIS DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) NILAI
MINGGU KETIGA
DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL (MODERATOR WEB SAIFULISLAM.COM)
MINGGU KEEMPAT :
DISAMPAIKAN OLEH : USTAZ MASYADI MASYUTI , ULAMA TERKENAL DAN BERPENGALAMAN DI SELANGOR
SEBELUM KHUTBAH AKAN DIADAKAN TAZKIRAH JUMAAT, JUSTERU ADALAH BAIK KIRANYA TUAN2 DAPAT HADIR AWAL KE MASJID. TERIMA KASIH
Daurah Asas-Asas Aqidah & Manhaj
Jom Ke: Daurah Asas-Asas Aqidah & Manhaj bersama Dr Sulaiman Nordin (Penulis, Pendakwah Bebas, Bekas Dekan Fakulti Sains UKM)
di Surau al-Hidayah, Sg Kantan, Kajang.
Pada 6 Jun 2009 (Sabtu) Jam 8.30 pagi - 5 ptg
Daftar/Penyertaan percuma, sms nama ke:0126887715.
Jemput Hadir...
Wednesday, June 3, 2009
MENGAPA OH MENGAPA?
| Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... | |||||
| ...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? | |||||
| Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... | |||||
| |||||
| Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya... | |||||
| ...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" | |||||
| Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... | |||||
| ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? | |||||
| Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... | |||||
| ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? | |||||
| Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah,nama Islam turut diadili! | |||||
| Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi... | |||||
| ...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas? | |||||
| Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernahdipertikaikan... | |||||
| ...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya! | |||||
| Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar... | |||||
| ...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim? | |||||
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Friday, May 29, 2009
KHUTBAH JUMAAT JEMPUTAN
KHUTBAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MASYADI MASYUTI ULAMA TERKENAL SELANGOR
TARIKH : 29 MEI 2009
DIMINTA JEMAAH DATANG LEBIH AWAL KERANA AL FADHIL USTAZ AKAN SAMPAIKAN TAZKIRAH ZOHOR BERKAITAN SOAL JAWAB SOLAT JUMAAT.
TARIKH : 29 MEI 2009
DIMINTA JEMAAH DATANG LEBIH AWAL KERANA AL FADHIL USTAZ AKAN SAMPAIKAN TAZKIRAH ZOHOR BERKAITAN SOAL JAWAB SOLAT JUMAAT.
Thursday, May 28, 2009
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,”Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,”kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan! di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.“Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku”Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)